Aneh sebuah perasaan

Posted on Monday, August 19, 2013
Filed under | View Comments

Sahabat, Anehkah jika matamu bergenang
Ketika diri dalam kesedihan,
Ketika diri dilanda keresahan
Malah jika dirimu bersendirian?

Memang, diri kadang tertewas dengan bisikan
Selalu kamu katakan, aku inginkan kekuatan!
Namun lemah tiada daya, biarpun untukmu menghalang

Benar, kan?
Benar, kan, dirimu selalu leka
Selalu saja lupa
Juga selalu berbuat salah yang sama.

Menangiskah kamu?
Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Kesalkah?
Lalu bagaimana?

Ingatlah selalu,
Biarlah sedihmu, sedih seorang yang mengenang kesalahannya pada Tuhan
Resahmu itu, biarlah dek gentar dengan ayat2 AlQuran
dan bilamana bersendirian, menangislah semahumu!
Asalkan tangismu, ketika sujud menghadap Tuhan sekalian alam!

Biar dikata tiada perasaan.
Asalkan engkau tahu segala yang berlaku,
Semuanya dengan kehendak Tuhan

Usaha, doa, tawakal. InsyaAllah, kebaikan akan datang!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Sabar Itu Lebih Baik

Posted on Wednesday, May 23, 2012
Filed under | View Comments

Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.)

As salam..

Hari kedua di rumah. Seperti lazimnya aku di kampung, banyak perkara yang diceritakan. Perihal orang-orang kampung, sanak saudara dan tak lupa perihal keluarga. Cerita biasa; si A akan berkeluarga, si B dapat cahaya mata.. Si C kehilangan bapa. Kepada mereka, aku cuma tumpang gembira dan berduka. Tidak mampu untuk aku berbuat apa2... Allah sahaja yang menentukan segalanya. Bersabarlah. Setiap kesenangan, setiap kesusahan yang datang pasti ada hikmah. Berbahagialah untuk mereka yang benar2 tabah..

Tengahari tadi sempat berkunjung ke rumah arwah bapa saudara yang meninggal seminggu lalu. Berada di situ membuatkan aku teringat cerita yang aku dengar pagi tadi. Arwah kahwinnya lewat. Perginya dia meninggalkan 8 orang anak, yang bongsunya masih di darjah 1. Cuma seorang saja yang sudah bekerja...

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua sentiasa berada dalam redha Ilahi. Sungguh, kepadaNya kita akan kembali

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Insurance Gave Me Headache!

Posted on Sunday, February 27, 2011
Filed under , | View Comments

insurance

Sepatutnya aku publishkan satu post sahaja sehari, tapi sebab di blog ni sahaja aku boleh luahkan semua ni, then jadilah dua post untuk hari ni. Mintak maaf la ye kengkawan. Entri ni agak panjang, sebab apa yang aku tulis ni keluar dari hati…

Kali ni nak bercakap soal insurans. Sejak bekerja, aku memang sudah berniat untuk dapatkan perlindungan insurans tambahan untuk diri sendiri. Kebetulan seorang teman menjadi agen untuk sebuah syarikat insuran di negeri kelahiran aku, jadi senanglah aku berurusan. Cuma satu kesilapan aku, aku terburu-buru untuk ambil polisi. Kalau ikutkan cara aku, biasanya sebelum buat suatu keputusan, aku akan teliti dulu luar dan dalam suatu benda tu. Dan perkara yang aku akan tengok sudah tentulah jenis perlindungan, tempoh, jumlah pembayaran, fleksibiliti pelan dan kemudahan untuk membuat pembayaran. Sekarang bila agen yang bercakap, aku boleh serahkan perkara tersebut pada dia. Kecuali bab fleksibiliti dari segi bayaran.

Yang ni silap aku. Dari segi pengurusan kewangan, aku lebih suka pelan yang tawarkan cara pembayaran yang pelbagai dan memudahkan. Tapi aku lupa untuk selidik soal ni. Waktu isi borang, aku diberitahu bayaran akan ditolak (auto debit) dari akaun di mana gaji aku masuk. Memang, dari segi logik, sudah tentulah syarikat mahu pembayaran yang berterusan, sebab itu akaun bank tersebut yang digunakan. Tak ada masalah bagi aku. Lalu aku bersetuju.

Tapi sekarang timbul masalah. Nak dijadikan cerita, akaun bank gaji aku tadi aku sudah gunakan sejak dari Tingkatan 1. Dan waktu tersebut, memang sudah pastilah tandatangan pada rekod bank amatlah berlainan dengan tandatangan aku sekarang. Akau tersebut aku tak guna selama lebih 5 tahun, sejak habis tingkatan 5. Sudah pastilah aku pun lupa bentuk tandatangan yang aku guna waktu tu. Aku masih ingat lagi, hari aku aktifkan kembali akaun tersebut untuk diguna bagi tujuan kemasukan gaji, sampai berpeluh2 aku ulang tandatangan. Sampai ke akhir pun tak sama. Hahahaha. Last2 pegawai bank tu kata, dia bagi aku kelonggaran, tapi dia minta aku pergi ke bank tempat buka akaun secepat mungkin untuk tukar tandatangan untuk mengelakkan kesulitan. Dan aku perlu sebutkan di sini, tempatnya amatlah jauh :(

Sekarang, masalahnya dah mula timbul. Kembali kepada soal polisi insuran tadi. Aku diberitahu bank tidak berjaya men-debit akaun aku disebabkan tandatangan yang tidak sama seperti dalam data bank. Memang la. Aku kan dah tak tahu macamana nak buat tandatangan tu, sampai bank pun mengalah. Lalu teman yang selaku agen tadi meminta aku pergi ke bank untuk tengok bentuk tandatangan sebenar aku dalam simpanan bank. Pergilah aku kesana, dua hari berturut-turut. Terasa macam orang bodoh, duduk depan mesin dan tiru tandatangan dari pagi sampai tengahari, tapi tak berjaya2 jugak. Huh.

"One customer, well taken care of, could be more valuable than $10,000 worth of advertising." Jim Rohn

Lalu aku tanyakan cara alternatif untuk buat pembayaran. Katanya boleh gunakan kad kredit. Aku terdiam. Seboleh mungkin aku tidak mahu gunakan kad kredit. Dan aku tanya lagi, selain kad kredit, ada lagi cara alternatif? Katanya tak ada. Aku tak puas hati. Dan bermulalah sesi menggodek laman web dan buku polisi...

Dalam laman web syarikat, tertera cara-cara untuk buat pembayaran. Tertera, syarikat mahu memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran, dan menawarkan beberapa cara. Aku pun tengoklah, yang mana menmudahkan aku sebagai pelanggan. Ada cimbclicks, bank standing instruction, ada online payment, juga autodebit dari bank-bank lain. Dan boleh juga bayar di kaunter, cek dan sebagainya. Kalau ikutkan, aku lebih suka bayar guna bank cimb, sebab aku guna CIMB untuk buat pembayaran bil2 lain juga. Tidaklah terlalu berterabur fasiliti pembayaran, dan senang untuk diuruskan.

Tapi bila aku ajukan kepada teman selaku agen tadi, jawabnya mudah. Standing instruction, online payment boleh buat, tapi mesti menggunakan akaun gaji sahaja. Maksudnya kalau gaji aku bukan masuk ke cimb, aku tak boleh guna cimbclick. Dan aku tanya boleh guna VISA debit tak? katanya tak boleh. Aku sebut juga pembayaran melalui cek dan kaunter, tapi jawabnya sama. Syarikat mahu akaun gaji. Dan bermula di sini aku dah mula terasa panas hati…

insurance

Sepatutnya syarikat tawarkan cara alternatif untuk pembayaran. Tapi sekarang aku yang offerkan pulak. Dah la suma pun di reject. Ingin sahaja aku call direct kepada bos dia, tanyakan semua soalan2 yang berada di kepala. Dan sekarang ni alternatif yang dia suka, aku pergi bank untuk buka akaun baru, then tukar gaji masuk ke akaun tersebut. Termenung panjang aku memikirkannya. Semata-mata untuk satu polisi insuran, aku kena pergi bank, buat akaun baru, then ke HR untuk buat proses tukar akaun gaji? Bangangnya terasa diriku...

Dan aku ada juga survey insurans2 lain, ada yang tawarkan servis yang lebih baik. Bila aku beritahu auto debit ada masalah, aku terus di beritahu cara alternatif untuk buat pembayaran. Dan kebanyakannya tidak teragak2 untuk terima debit kad. Bukankah itu yang sepatutnya? Pelanggan sepatutnya diberi pilihan, bukan berkeras dengan satu cara sahaja. Aku bukan tak mahu bayar. Kalau tak mahu, aku memang takkan daftar pun.

Dan sekarang hati aku ada sedikit terbakar. Terasa malas nak difikirkan soal insurans. Dan ikhlas aku katakan, setiap kali aku call dia, ayat mula2 dia tanya adalah insuran macam mana?... memang menyakitkan hati. Kesian handset aku dah dua tiga kali kena lontar ke dinding. Nasib baik handset buruk. Dan aku pun memang dah tawar hati sekarang ni. Terasa sangat menyusahkan. Dan aku pernah fikir, kalau begini gayanya semasa mendaftar, apa lagi yang aku perlu hadapi waktu aku nak claim?

Memang menyusahkan. Sekarang, ketika dapat panggilan dari teman tersebut atau terfikir nak call dia, pasti aku mengeluh berat. Haiiiiishhh....

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Jangan Menyesal!!

Posted on Friday, February 25, 2011
Filed under | View Comments

Penulisan kali ni agak emosi sedikit. Sedikit saja, tak banyak. haha

Dalam perjalanan balik dari kerja sedikit waktui tadi, aku sempat berfikir-fikir. Maklum, perjalanan 15 minit pun jadi satu jam disebabkan kesesakan yang aku pun tak tahu puncanya. Jadi sambil2 merangkak, sempat juga aku terkenang beberapa perkara yang buatkan aku terasa kesal. Bukan menyesal, tapi kesal. Keputusan2 yang pernah aku buat, dan apa yang aku patut buat di masa2 mendatang. Fuh. Sempat ke fikir semua tu waktu memandu? hahaha…

Good decisions come from experience, and experience comes from bad decisions ~Author Unknown

Pertama, berkaitan kerjaya. Aku pernah tolak tawaran untuk jadi pembantu jurutera, lebih kurang setahun yang lalu. Aku tak mahu cerita panjang. Cukup untuk aku luahkan apa yang ada dalam hati. Kedua, aku pernah tolak tawaran ikuti kursus yang aku minati, setelah di tawarkan sebanyak dua kali. Ya, dua kali. Percuma. Dan sekarang bila aku berkira2 untuk ikuti kursus tersebut sekali lagi, aku perlukan sekurang-kurangnya RM2000 untuk kos kursus tersebut. Hmmm… Fikir lah sendiri.

Tapi ketiga-tiga perkara tersebut dah lalu. Dan seperti yang orang kata, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Hikmah aku tolak tawaran kerja? Aku dapat pengalaman kerja di bidang yang aku betul2 minati. Hikmah aku tolak kursus kali pertama? Aku berkenalan dengan orang yang istimewa dalam hidup aku :) Dan aku tidak sekali2 kesali akan kedua2 nya. Tidak. Aku gembira dengan apa yang Tuhan kurniakan pada aku. Alhamdulillah.

Dan sekarang ada satu perkara yang membejat di fikiran. Keputusan yang aku buat lebih kurang 2 bulan lalu. Keputusan yang mengubah hidup aku 180 darjah. Dan sehingga sekarang situasi aku tidak bertambah baik. Betul. Tidak menyenangkan. Merimaskan. Dan bila difikir-fikir, aku masih belum terjumpa hikmah disebaliknya. Aku berfikir, apa perlu aku keluar dari situasi tidak menyenangkan ni? Apa yang aku perlu buat? Berubah arah? Apa perlukah?…

Tabahlah, hati. InsyaAllah ada perkara baik menanti. Aku perlu usaha. Itu pasti.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hidup, Wang dan Kerja

Posted on Tuesday, February 22, 2011
Filed under | View Comments

agent

When I hear somebody sigh, "Life is hard," I am always tempted to ask, "Compared to what?" ~Sydney J. Harris

Hari ni masuk hari ke 22 bulan 2, tahun 2011. Bererti sudah 2 bulan aku  bekerja di tempat baru. Dan sudah setahun setengah aku berada di Kuala Lumpur ni. Kenang kembali waktu aku mula datang ke KL, aku diterima menyertai program INSEP, iaitu latihan dalam bidang Customer Care Management. Sejak itu sehingga sekarang, dah 3 kali aku tukar kerja (termasuk kerja sambilan yang aku buat selama 2 minggu.. hahahaha).

Sekarang aku bekerja di VADS, sebagai Level 1 Technical Support untuk projek Streamyx dan Talian Tetap. Waktu aku kerja sebagai kontraktor Unifi sebelum ni, niat aku suatu hari nanti aku nak masuk TM. Walaupun orang kata aku sekarang downgrade (dari Unifi ke Streamyx), tapi sekurang-kurangnya sebelah kaki dah jejak TM dah. hahaha. Aku tahu, walaupun VADS dan TM tak sama, tapi aku rasa aku boleh berbangga sebab di kad aku dah ada lambang TM :)

Dan aku bukan lagi pakai kad pelawat macam yang kat bawah ni. hahahaha :P

kadPelawat

Obses sangat ke aku dengan TM ni?

Tak sangat la kot. Tapi dalam hidup kena ada matlamat. Dan bagi aku, setiap hari yang berlalu kalau bukan lebih baik dari hari sebelumnya, janganlah sampai jadi lebih teruk. Jadi, dalam isu ni separuh impian aku dah capai. Alhamdulillah :)

Dalam hati sebenarnya ada lagi harapan dan tekad yang tersimpan, yang tak pasti mampu aku capai atau tidak. Tapi aku tak putus asa, sebab dalam diam aku mengatur langkah untuk capai semuanya. Usaha, ya tapi kalau Tuhan tak bagi aku semuanya, aku redha. Yang pasti, aku tahu apa yang aku mahu. Usahalah, aku.

Ada lagi perubahan yang aku hadapi sejak mula aku sampai di KL ni, tapi buat masa sekarang, cukuplah dulu. Akan aku titipkan kemudian.

Itu sahaja. Wassalam

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Nasib Baik Kuantan, Bukan Kelantan

Posted on Thursday, May 27, 2010
Filed under , | View Comments

Friends

The most I can do for my friend is simply be his friend.
~ Henry David Thoreau

Minggu lepas member baik aku ajak balik kampung. “Aku tak mahu drive sorang2”, katanya.

Aku pun setuju saja. Lagipun dah lama tak balik kampung.

Kampung aku di Kelantan.

Dan katanya dia nak balik hari Khamis, 7 Mei 2010.

(Gilak ah, tarikh penuh tuu. hahaha)

Hari ni la. So, semalam aku mesej dia.

“Jadi tak balik? Jangan tak ingat aku pulak kalau nak balik nanti”, aku bagitau.

Tup-tup, dia call.

Eh? Nombor landline? Nombor pantai timur? (09-xxx).

Meruap darah aku. Dia ni balik tak bagitau aku ke?

Dah tu aku angkat.

Ayat mula2 aku tanya: “Ko kat Kelantan ke?”

Dia jawab “bukan Kelantan, aku kat Kuantan. Esok balik KL. Nanti aku mesej jadi ke tak nak balik”.

Fuhh.. Nasib baik Kuantan.

Kalau tak…

 

hmmmmmm

 

p/s : Dah letak phone baru teringat, dia outstation kat Kuantan minggu ni. har3. Sedang menunggu berita la ni..

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hari Ibu Yang Lewat

Posted on Sunday, May 9, 2010
Filed under | View Comments

Girl

If evolution really works, how come mothers only have two hands?  ~Milton Berle

Dua hari lepas internetku mula berjalan. Setelah sekian lama menghilang. Sejak itu juga hubungan aku dengan dunia jadi makin baik. Perkara pertama yang aku tengok, hari ibu bakal menjelang. Tapi seperti biasa, aku tak ambil kisah. Datang lah. Seperti angin lalu. Datangnya sekadar menyapa. Derunya terasa, tapi tidak nampak dimata, di hati tiada rasa. Itu hidup yang aku lalui, sejak dua puluh lebih tahun lalu.

Tapi semalam hati aku tergerak. Telefon diangkat, nombor di tekan. Aku cuma mahu dengar suara ibu, kataku. Tiada apa-apa yang penting. Sekadar ingin bertanya khabar, kataku lagi… Oh? Aku terkejut. Rupanya panggilanku dinanti? Bertanya itu, menjawab ini, aku masih lupa, hari ibu kian menjelang. Langsung tiada di fikiran.

Hampir jam 12 malam, Facebook ku dipenuhi ucapan teman2 kepada ibu, isteri, dan perempuan kesayangan masing-masing. Selamat Hari Ibu, ucap mereka. Termenung sekejap. Apa yang aku lakukan selama ni? Kenapa aku boleh lupa? Teringat perbualanku semalam.

Lalu pagi ini, aku hantar mesej kepada adik2 ku. “Hari ni hari Ibu, jangan lupa. Kalau tak ada hadiah pun, at least call rumah.” Ringkas. Padat. Sebab aku tahu, ibu menunggu. Kalau tidak pun, hatinya akan senang dengan panggilan anak2. Dan walaupun aku tahu ibu aku tidak akan baca tulisan ini, aku tetap mahu katakan.

Walaupun lewat setengah hari.

Walaupun aku sudah katakan.

Walau aku tak pernah katakan.

Walau ibu kata tak perlu.

 

Selamat Hari Ibu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Setahun di Perantauan

Posted on Saturday, May 8, 2010
Filed under | View Comments

Dah lama aku tak berblog. Tak ada sebab kukuh yang aku boleh katakan, tapi ketiadaan internet mungkin salah satu faktornya. Haha. Banyak perkara berlaku sejak aku menulis di sini, jadi aku harap dapat imbas balik apa yang berlaku dalam kesempatan yang tak seberapa ni.

Masuk bulan ni, dah cukup lah setahun aku di Kuala Lumpur. Dan bulan ketiga aku bekerja tetap. Tapi sebab tak ada projek, dalam seminggu aku mungkin kerja sehari saja. Itu pun kalau bos aku suruh ke pejabat. Kalau tak, rumah la tempat aku. Bangun pagi2, tunggu panggilan dari bos. Kalau tak ada, cuti la aku hari tu. huhu. Nasib baik hujung bulan dapat gaji. Apa-apa pun, aku harap keadaan ni takkan berterusan. Boring dah aku kat rumah.

Dan bulan Jun nanti, adik lelaki aku akan kahwin. Tinggal lah aku yang tak kahwin2 lagi. Hahaha. Walaupun aku selalu kata aku tak kisah, aku tak ada calon, belum bersedia dan sebagainya, tapi dalam hati ada la juga perasaan yang aku tak boleh nak ungkapkan. Terasing, mungkin? Maklumlah, adik perempuan, adik lelaki, dan abang semua pun dah kahwin. Hmmm… Tapi aku tetap dengan tekad aku. Kumpul duit dulu. Dan kalau ada jodoh, insyaAllah takkan kemana. Lagipun, aku pernah berazam, sebelum kahwin aku mahu 5 benda. Kerja tetap, duit simpanan, kereta, rumah, dan buat umrah bersama keluarga. Akan aku usahakan. InsyaAllah.

Anyway, setakat ini dulu. Wassalam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Buku Baru Ramlee Awang Murshid

Posted on Saturday, January 9, 2010
Filed under | View Comments

Rabu lepas (6 Jan 2010) aku merayap pergi MidValley. Hajat hati nak beli handset baru sebab yang lama nyer tu dah nazak. Tup2 tengok duit takde seyh~ Aduss.. Ponin kepala den. Last2 gi beli tingkap jew. Hahaha. Window shopping. Rasa pelik la plak dok jalan sorang2 kat MidValley. Muahaha. Abaikan. Asal aku bahagia sudah.

Masuk dalam MPH. Aku suka je masuk gedung ilmu ni. Sekurang-kurang boleh gak tengok apa2 yang baru kat dunia penulisan. Tempat pertama aku tuju: New Arrival dan Popular Books Section. Woah! Buku 9 Nyawa - Ramlee Awang Murshid dah keluar! Dang. Ni yang berasap kepala gua nih. Time gini la pulak duit tak cukup. Aiiii… Sedih, sedih.

Sebab tak dapat nak beli, aku snap jew gambar novel kat atas rak tu. Hahaha. Hambik ko. Tak dapat beli, dapat gambar pun jadik.. Jom layann

Untuk pengetahuan semua, aku memang suka baca novel. Antara penulis yang aku suka adalah Ramlee Awang Murshid. Setahun keluar paling banyak pun 2 biji je novel dia. Tu yang buat aku panas punggung je tiap kali sampai tahun baru. har3.. Excited beb!

Lepas tu lewat di Center Court, ada pameran Mitsubishi. Jom tengok.

Okeh. That’s all.

Wassalam

signaturealharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community