Insurance Gave Me Headache!

Posted on Sunday, February 27, 2011
Filed under ,

insurance

Sepatutnya aku publishkan satu post sahaja sehari, tapi sebab di blog ni sahaja aku boleh luahkan semua ni, then jadilah dua post untuk hari ni. Mintak maaf la ye kengkawan. Entri ni agak panjang, sebab apa yang aku tulis ni keluar dari hati…

Kali ni nak bercakap soal insurans. Sejak bekerja, aku memang sudah berniat untuk dapatkan perlindungan insurans tambahan untuk diri sendiri. Kebetulan seorang teman menjadi agen untuk sebuah syarikat insuran di negeri kelahiran aku, jadi senanglah aku berurusan. Cuma satu kesilapan aku, aku terburu-buru untuk ambil polisi. Kalau ikutkan cara aku, biasanya sebelum buat suatu keputusan, aku akan teliti dulu luar dan dalam suatu benda tu. Dan perkara yang aku akan tengok sudah tentulah jenis perlindungan, tempoh, jumlah pembayaran, fleksibiliti pelan dan kemudahan untuk membuat pembayaran. Sekarang bila agen yang bercakap, aku boleh serahkan perkara tersebut pada dia. Kecuali bab fleksibiliti dari segi bayaran.

Yang ni silap aku. Dari segi pengurusan kewangan, aku lebih suka pelan yang tawarkan cara pembayaran yang pelbagai dan memudahkan. Tapi aku lupa untuk selidik soal ni. Waktu isi borang, aku diberitahu bayaran akan ditolak (auto debit) dari akaun di mana gaji aku masuk. Memang, dari segi logik, sudah tentulah syarikat mahu pembayaran yang berterusan, sebab itu akaun bank tersebut yang digunakan. Tak ada masalah bagi aku. Lalu aku bersetuju.

Tapi sekarang timbul masalah. Nak dijadikan cerita, akaun bank gaji aku tadi aku sudah gunakan sejak dari Tingkatan 1. Dan waktu tersebut, memang sudah pastilah tandatangan pada rekod bank amatlah berlainan dengan tandatangan aku sekarang. Akau tersebut aku tak guna selama lebih 5 tahun, sejak habis tingkatan 5. Sudah pastilah aku pun lupa bentuk tandatangan yang aku guna waktu tu. Aku masih ingat lagi, hari aku aktifkan kembali akaun tersebut untuk diguna bagi tujuan kemasukan gaji, sampai berpeluh2 aku ulang tandatangan. Sampai ke akhir pun tak sama. Hahahaha. Last2 pegawai bank tu kata, dia bagi aku kelonggaran, tapi dia minta aku pergi ke bank tempat buka akaun secepat mungkin untuk tukar tandatangan untuk mengelakkan kesulitan. Dan aku perlu sebutkan di sini, tempatnya amatlah jauh :(

Sekarang, masalahnya dah mula timbul. Kembali kepada soal polisi insuran tadi. Aku diberitahu bank tidak berjaya men-debit akaun aku disebabkan tandatangan yang tidak sama seperti dalam data bank. Memang la. Aku kan dah tak tahu macamana nak buat tandatangan tu, sampai bank pun mengalah. Lalu teman yang selaku agen tadi meminta aku pergi ke bank untuk tengok bentuk tandatangan sebenar aku dalam simpanan bank. Pergilah aku kesana, dua hari berturut-turut. Terasa macam orang bodoh, duduk depan mesin dan tiru tandatangan dari pagi sampai tengahari, tapi tak berjaya2 jugak. Huh.

"One customer, well taken care of, could be more valuable than $10,000 worth of advertising." Jim Rohn

Lalu aku tanyakan cara alternatif untuk buat pembayaran. Katanya boleh gunakan kad kredit. Aku terdiam. Seboleh mungkin aku tidak mahu gunakan kad kredit. Dan aku tanya lagi, selain kad kredit, ada lagi cara alternatif? Katanya tak ada. Aku tak puas hati. Dan bermulalah sesi menggodek laman web dan buku polisi...

Dalam laman web syarikat, tertera cara-cara untuk buat pembayaran. Tertera, syarikat mahu memudahkan pelanggan untuk membuat pembayaran, dan menawarkan beberapa cara. Aku pun tengoklah, yang mana menmudahkan aku sebagai pelanggan. Ada cimbclicks, bank standing instruction, ada online payment, juga autodebit dari bank-bank lain. Dan boleh juga bayar di kaunter, cek dan sebagainya. Kalau ikutkan, aku lebih suka bayar guna bank cimb, sebab aku guna CIMB untuk buat pembayaran bil2 lain juga. Tidaklah terlalu berterabur fasiliti pembayaran, dan senang untuk diuruskan.

Tapi bila aku ajukan kepada teman selaku agen tadi, jawabnya mudah. Standing instruction, online payment boleh buat, tapi mesti menggunakan akaun gaji sahaja. Maksudnya kalau gaji aku bukan masuk ke cimb, aku tak boleh guna cimbclick. Dan aku tanya boleh guna VISA debit tak? katanya tak boleh. Aku sebut juga pembayaran melalui cek dan kaunter, tapi jawabnya sama. Syarikat mahu akaun gaji. Dan bermula di sini aku dah mula terasa panas hati…

insurance

Sepatutnya syarikat tawarkan cara alternatif untuk pembayaran. Tapi sekarang aku yang offerkan pulak. Dah la suma pun di reject. Ingin sahaja aku call direct kepada bos dia, tanyakan semua soalan2 yang berada di kepala. Dan sekarang ni alternatif yang dia suka, aku pergi bank untuk buka akaun baru, then tukar gaji masuk ke akaun tersebut. Termenung panjang aku memikirkannya. Semata-mata untuk satu polisi insuran, aku kena pergi bank, buat akaun baru, then ke HR untuk buat proses tukar akaun gaji? Bangangnya terasa diriku...

Dan aku ada juga survey insurans2 lain, ada yang tawarkan servis yang lebih baik. Bila aku beritahu auto debit ada masalah, aku terus di beritahu cara alternatif untuk buat pembayaran. Dan kebanyakannya tidak teragak2 untuk terima debit kad. Bukankah itu yang sepatutnya? Pelanggan sepatutnya diberi pilihan, bukan berkeras dengan satu cara sahaja. Aku bukan tak mahu bayar. Kalau tak mahu, aku memang takkan daftar pun.

Dan sekarang hati aku ada sedikit terbakar. Terasa malas nak difikirkan soal insurans. Dan ikhlas aku katakan, setiap kali aku call dia, ayat mula2 dia tanya adalah insuran macam mana?... memang menyakitkan hati. Kesian handset aku dah dua tiga kali kena lontar ke dinding. Nasib baik handset buruk. Dan aku pun memang dah tawar hati sekarang ni. Terasa sangat menyusahkan. Dan aku pernah fikir, kalau begini gayanya semasa mendaftar, apa lagi yang aku perlu hadapi waktu aku nak claim?

Memang menyusahkan. Sekarang, ketika dapat panggilan dari teman tersebut atau terfikir nak call dia, pasti aku mengeluh berat. Haiiiiishhh....

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community