Sabar Itu Lebih Baik

Posted on Wednesday, May 23, 2012
Filed under

Dari Abu Darda’ r.a berkata: Rasulullah saw telah bersabda: “Sukakah aku memberitahu tentang amalan yang lebih utama daripada puasa, solat dan sedekah? Para sahabat menjawab: Sudah tentu. Jelas nabi: “Menghubungkan silaturrahim, kerana sekiranya rosak hubungan silaturrahim adalah umpama memotong agama”. (Tirmizi.)

As salam..

Hari kedua di rumah. Seperti lazimnya aku di kampung, banyak perkara yang diceritakan. Perihal orang-orang kampung, sanak saudara dan tak lupa perihal keluarga. Cerita biasa; si A akan berkeluarga, si B dapat cahaya mata.. Si C kehilangan bapa. Kepada mereka, aku cuma tumpang gembira dan berduka. Tidak mampu untuk aku berbuat apa2... Allah sahaja yang menentukan segalanya. Bersabarlah. Setiap kesenangan, setiap kesusahan yang datang pasti ada hikmah. Berbahagialah untuk mereka yang benar2 tabah..

Tengahari tadi sempat berkunjung ke rumah arwah bapa saudara yang meninggal seminggu lalu. Berada di situ membuatkan aku teringat cerita yang aku dengar pagi tadi. Arwah kahwinnya lewat. Perginya dia meninggalkan 8 orang anak, yang bongsunya masih di darjah 1. Cuma seorang saja yang sudah bekerja...

Sesungguhnya Allah lebih mengetahui. Semoga kita semua sentiasa berada dalam redha Ilahi. Sungguh, kepadaNya kita akan kembali

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community