Hari Ibu Yang Lewat

Posted on Sunday, May 9, 2010
Filed under

Girl

If evolution really works, how come mothers only have two hands?  ~Milton Berle

Dua hari lepas internetku mula berjalan. Setelah sekian lama menghilang. Sejak itu juga hubungan aku dengan dunia jadi makin baik. Perkara pertama yang aku tengok, hari ibu bakal menjelang. Tapi seperti biasa, aku tak ambil kisah. Datang lah. Seperti angin lalu. Datangnya sekadar menyapa. Derunya terasa, tapi tidak nampak dimata, di hati tiada rasa. Itu hidup yang aku lalui, sejak dua puluh lebih tahun lalu.

Tapi semalam hati aku tergerak. Telefon diangkat, nombor di tekan. Aku cuma mahu dengar suara ibu, kataku. Tiada apa-apa yang penting. Sekadar ingin bertanya khabar, kataku lagi… Oh? Aku terkejut. Rupanya panggilanku dinanti? Bertanya itu, menjawab ini, aku masih lupa, hari ibu kian menjelang. Langsung tiada di fikiran.

Hampir jam 12 malam, Facebook ku dipenuhi ucapan teman2 kepada ibu, isteri, dan perempuan kesayangan masing-masing. Selamat Hari Ibu, ucap mereka. Termenung sekejap. Apa yang aku lakukan selama ni? Kenapa aku boleh lupa? Teringat perbualanku semalam.

Lalu pagi ini, aku hantar mesej kepada adik2 ku. “Hari ni hari Ibu, jangan lupa. Kalau tak ada hadiah pun, at least call rumah.” Ringkas. Padat. Sebab aku tahu, ibu menunggu. Kalau tidak pun, hatinya akan senang dengan panggilan anak2. Dan walaupun aku tahu ibu aku tidak akan baca tulisan ini, aku tetap mahu katakan.

Walaupun lewat setengah hari.

Walaupun aku sudah katakan.

Walau aku tak pernah katakan.

Walau ibu kata tak perlu.

 

Selamat Hari Ibu.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community