Jangan Menyesal!!

Posted on Friday, February 25, 2011
Filed under

Penulisan kali ni agak emosi sedikit. Sedikit saja, tak banyak. haha

Dalam perjalanan balik dari kerja sedikit waktui tadi, aku sempat berfikir-fikir. Maklum, perjalanan 15 minit pun jadi satu jam disebabkan kesesakan yang aku pun tak tahu puncanya. Jadi sambil2 merangkak, sempat juga aku terkenang beberapa perkara yang buatkan aku terasa kesal. Bukan menyesal, tapi kesal. Keputusan2 yang pernah aku buat, dan apa yang aku patut buat di masa2 mendatang. Fuh. Sempat ke fikir semua tu waktu memandu? hahaha…

Good decisions come from experience, and experience comes from bad decisions ~Author Unknown

Pertama, berkaitan kerjaya. Aku pernah tolak tawaran untuk jadi pembantu jurutera, lebih kurang setahun yang lalu. Aku tak mahu cerita panjang. Cukup untuk aku luahkan apa yang ada dalam hati. Kedua, aku pernah tolak tawaran ikuti kursus yang aku minati, setelah di tawarkan sebanyak dua kali. Ya, dua kali. Percuma. Dan sekarang bila aku berkira2 untuk ikuti kursus tersebut sekali lagi, aku perlukan sekurang-kurangnya RM2000 untuk kos kursus tersebut. Hmmm… Fikir lah sendiri.

Tapi ketiga-tiga perkara tersebut dah lalu. Dan seperti yang orang kata, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Hikmah aku tolak tawaran kerja? Aku dapat pengalaman kerja di bidang yang aku betul2 minati. Hikmah aku tolak kursus kali pertama? Aku berkenalan dengan orang yang istimewa dalam hidup aku :) Dan aku tidak sekali2 kesali akan kedua2 nya. Tidak. Aku gembira dengan apa yang Tuhan kurniakan pada aku. Alhamdulillah.

Dan sekarang ada satu perkara yang membejat di fikiran. Keputusan yang aku buat lebih kurang 2 bulan lalu. Keputusan yang mengubah hidup aku 180 darjah. Dan sehingga sekarang situasi aku tidak bertambah baik. Betul. Tidak menyenangkan. Merimaskan. Dan bila difikir-fikir, aku masih belum terjumpa hikmah disebaliknya. Aku berfikir, apa perlu aku keluar dari situasi tidak menyenangkan ni? Apa yang aku perlu buat? Berubah arah? Apa perlukah?…

Tabahlah, hati. InsyaAllah ada perkara baik menanti. Aku perlu usaha. Itu pasti.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community