Setahun di Perantauan

Posted on Saturday, May 8, 2010
Filed under

Dah lama aku tak berblog. Tak ada sebab kukuh yang aku boleh katakan, tapi ketiadaan internet mungkin salah satu faktornya. Haha. Banyak perkara berlaku sejak aku menulis di sini, jadi aku harap dapat imbas balik apa yang berlaku dalam kesempatan yang tak seberapa ni.

Masuk bulan ni, dah cukup lah setahun aku di Kuala Lumpur. Dan bulan ketiga aku bekerja tetap. Tapi sebab tak ada projek, dalam seminggu aku mungkin kerja sehari saja. Itu pun kalau bos aku suruh ke pejabat. Kalau tak, rumah la tempat aku. Bangun pagi2, tunggu panggilan dari bos. Kalau tak ada, cuti la aku hari tu. huhu. Nasib baik hujung bulan dapat gaji. Apa-apa pun, aku harap keadaan ni takkan berterusan. Boring dah aku kat rumah.

Dan bulan Jun nanti, adik lelaki aku akan kahwin. Tinggal lah aku yang tak kahwin2 lagi. Hahaha. Walaupun aku selalu kata aku tak kisah, aku tak ada calon, belum bersedia dan sebagainya, tapi dalam hati ada la juga perasaan yang aku tak boleh nak ungkapkan. Terasing, mungkin? Maklumlah, adik perempuan, adik lelaki, dan abang semua pun dah kahwin. Hmmm… Tapi aku tetap dengan tekad aku. Kumpul duit dulu. Dan kalau ada jodoh, insyaAllah takkan kemana. Lagipun, aku pernah berazam, sebelum kahwin aku mahu 5 benda. Kerja tetap, duit simpanan, kereta, rumah, dan buat umrah bersama keluarga. Akan aku usahakan. InsyaAllah.

Anyway, setakat ini dulu. Wassalam.

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community