Balik Kampung Lagi

Posted on Wednesday, March 13, 2013
Filed under | View Comments

Dalam hidup harus memilih. Allah bagi hidayah, syaitan bisik tak payah. Kita pilih yang mana?
Pilih untuk senyum, walau hati ada sebab untuk bermenung... Pilih untuk bangkit, saat diri jatuh dan kita rasa sakit... Pilih untuk sabar, pilih untuk redha walaupun diri dilanda kecewa... Kerana ingatlah, Allah tidak pernah jauh dari kita

Dalam bas. Menuju ke ibu negeri tercinta. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni negeri sekebun bunga ni selalu saja menggamit memori. Menerjah di ruang hati. Mungkin kerana apa yang berlaku, buatkan aku ingin selalu di sini. Mungkin. Tapi aku pasti, aku tak mahu lagi seperti dulu. Detailnya, ah biarlah. Biarlah aku saja yang tahu. Ada sesuatu yang ingin aku tuliskan sementara smpai ke KB. Soal pertemuan, dan soal pemikiran.

Aku sudah setahun bekerja di Shah Alam. Teringat semasa di ZTE dulu, selalu aku katakan kepada teman2.. kerja kita ni lebih kurang sama dengan kerja guard. Bezanya, diorang ada uniform, kita tak. Diorang jaga bangunan, kita jaga barang2. Sama kan? Seolahnya tiada perbezaan. Cuma, kita ada tanggungjawab masing2 yang agak berbeza.

Jadi, ceritanya. Setiap kali bertemu kawan baru selalu aku katakan. Kerjaku, jaga. Biasa2 je. Jaga kat mana? Lalu aku katalah, aku jaga di shah alam. Tak mahu bercerita panjang. Dan aku pasti kebanyakan orang pun, tidak suka bertanya lagi dalam. Memang, aku dapat rasa. Dengan berbuat begitu, penerimaan orang jadi lebih terhadap kita. Dan dari kacamata aku, merendah diri itu memang sangat perlu. Sangat berbeza cara penerimaan orang terhadap kita.

Wallahua'lam.

Makan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, aku di sapa beberapa orang yang bekerja di sana. Alhamdulillah, ada juga yang ingat. Terasa rugi juga, sebab sebelum ini aku langsung tak ambil peduli dengan sesiapa. Sedangkan dengan kenalan, teman itulah, hidup kita lebih ceria. Lebih bermakna. Tak begitu? Semoga Allah rahmati kita semua. Saya juga :)

Jazakallah


alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Berusaha Mencapai Mampu

Posted on Saturday, November 24, 2012
Filed under | View Comments

"Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa" (surah Al Kahfi: 24)

Sekali hati berubah. Sekali hati disapa hidayah, janganlah ditoleh lagi ke belakang. Genggam eratlah hidayah itu. Tinggalkan apa saja perkara tak berfaedah yang pernah dibuat. Simpan kejap dalam hati, dan pastikan mulut dikunci. Tak perlu disebut2 aku dulu pernah berbuat itu, ini. Tak perlu.

Jangan sekali2 difikirkan utk ulang buat lagi walaupun sekali. Kerana percayalah, walaupun sekali kita menoleh kepada keburukan yg dulu, walaupun kita katakan "tak apa, sekali ni je aku bukak aurat. Lepas ni pakai la jubah balik.." "Takpe, sekali ni je aku tak bangun solat malam, esok aku bangun la balik.."

Yessss!!! Syaitan bersorak kemenangan.

Dan percayalah, struggle kita utk kembali bangun malam, kembali tutup aurat, kali ini bukan calang2.. Kali ni bukan calang2 punya perang teman..

Janganlah sampai kita jadi begitu. Dan harapanku, semoga teman2 semua kuat meniti kehidupan =)

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hidup bersyariat

Posted on Sunday, May 20, 2012
Filed under | View Comments

Berada dgn org2 yg baik agamanya...insyaALLAH mnyenangkn hati walaupun ada ujian yg x dsangka2 berlaku ..krn inshaALLAH,jika btl mereka memahami agama itu,dia bkn shj mnjaga hubungannya dgn pencipta tp jg dgn manusia...InsyaALLAH...=)



Benar kata2 yang kita selalu dengar.. Setiap orang bernafas diatas akhlak sahabatnya. Malah kita juga selalu dengar bahawa untuk melihat baik buruk seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan..



Pernah suatu hari ketika bersama teman2, salah seorang dari mereka berkata "aku bernasib baik kerana ada teman2 seperti kalian.." dan teringat juga sewaktu hidupku dikelilingi mereka yang selalu ke majlis2 ilmu sedikit masa dulu.. Aku juga sama begitu. Pada masa itu biar sesibuk manapun kami, tidak pernah terasa susah untuk melangkah ke masjid setiap kali masuk waktu. Tidak pernah tergesa2 keluar dari majlis ilmu.



Kenapa?



Kerana teman2. Kerana persekitaran yang mendorong kita. Dan bukankah lebih indah jika suasana dirumah pun sama sebegitu?



Teringat kepada pengalaman seorang teman yang berkunjung ke rumah kenalan, yang pada masa itu sedang bermastautin di sebuah negara barat. Kenalan ini ada 2 orang anak, yang keduanya berumur bawah 10 tahun. Subuh hari pertama di sana, beliau terkejut bila terpaksa beratur dibelakang anak2 temannya yang sedang berwudhu' untuk solat subuh. Malah terkejut bila ke ruang solat, seluruh keluarga temannya sudah berada di tikar sejadah menanti dia untuk solat berjemaah. Terkejut lagi dia apabila selesai solat, kedua2 anak kecil tadi merapat ke arah si ayah dan bersemangat mahu mendengar tazkirah subuh.



Indahnya bila hidup bersyariat kan? Semoga bila mereka keluar dari lingkungan keluarga, mereka akan dikelilingi oleh orang2 yang beragama juga. Supaya nanti bila dilanda ujian, akan ada orang yang akan mengingatkan. Bahawa Allah menguji kerana Dia sayangkan hambaNya.



Dan semoga keluarga aku nanti pun begitu juga.


InsyaAllah

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hati, usah cepat mengalah!

Posted on Saturday, May 19, 2012
Filed under | View Comments

"Macamana nak buat solat taubat?" Tanya seorang teman.

Aku terkedu. Bukan kerana tak tahu, cuma tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mukut dia. Dia yang aku selalu katakan sebagai tak dapat diselamatkan lagi. Dari dia yang aku selalu katakan.. "Aku dah putus asa dengan engkau"..  Dari dia yang aku selalu kecewa sebab harini mulutnya kata nk berubah, tapi seminit kemudian dia dah lupa apa yang dia katakan tadi..

Beristighfar panjang aku. Tertunduk aku, malu. Terasa seperti darah menerbu ke kepala. Silapnya aku! Kesal dengan diri sendiri. Sebab aku terlalu cepat mengalah dengan diri teman yang seorang ini. Walhal aku tahu hatinya. Dia selalu katakan dia inginkan kebaikan. Memang, banyak kesukaran yang ada. Sepatutnya aku membantu, mendorong dia supaya gagah melangkah. Supaya tidak patah rebah. Sepatutnya aku pegang dia waktu dia teroleng2 dilanda musibah, supaya dia tahu kemana arah. Bukan menghukum, menjauh dan berkata, "ah.. Engkau cepat kalah!" Kenapa terlalu cepat aku menghukum?

Phone dimatikan. Seperti biasa, perbualan kami hanya satu pihak. Aku cuma pendengar. xlebih, xkurang. Menjawab bila ditanya, diam bila dia bercerita. Dan sekejap itu dia bercakap dalam sendu yang tak tertahan. Katanya dia mahu bertaubat. Allah, berikan teman itu kekuatan. Doa untuknya, yang telah hilang dari solatku aku mulakan kembali. Berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepadanya.. Semoga dia nmpak apa yang terbaik, dan semoga dia mmpu menuju ke arah kebaikan itu..
Sebentar kemudian phone aku berdering lagi. Katanya lagi dia mahu berubah. Katanya dia buat solat taubat tadi di masjid. Dan aku katakan pada dia; kuatkan hati, tetapkan pendirian. Pada dia aku ingatkan bahawa dia tidak bersendirian. Aku katakan "kalau tak mampu maju seorang, pandanglah kiri dan kanan. Kau akan lihat ramai yang sedia menghulur tangan. Ibu bapa, teman2.. Kau bukan berseorangan, teman"..

Dan semoga Allah merahmati kita semua. Ingatan untuk diri sendiri.. Jangan mudah mengalah dengan seseorang. Kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku..
Kerana Dia sahaja yang boleh memberi hidayah kepada siapa yang Dia mahu..

Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Kepada Allah kita kembali...

Posted on Tuesday, May 15, 2012
Filed under | View Comments

Salam kebaikan..

Sungguh, Allah lebih mengetahui apa yang telah, sedang, juga mengetahui apa yang akan berlaku..

Pagi2 lagi.  Seawal subuh aku dapat tahu bapa saudaraku sudah kembali ke pangkuan Ilahi..
Innalillahiwainnailaihirajiun..

Dari Allah kita datang.
KepadaNya jua kita kan kembali..

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Beristighfarlah...

Posted on Monday, May 14, 2012
Filed under | View Comments

As salam..
Alhamdulillah, harini cuti. Cuti yang sgt2 aku perlu, demi mnyelesaikan dua tiga perkara yg tak boleh tidak.. kena selesaikan juga secepat yg mungkin. Alhamdulillah, selesai jua semuanya..

Juga cuti yg aku perlu, untk brsedia sblm bekerja panjang. Sungguh, jadual kerjaku tersangatlah menakutkan. Tapi itu yg aku mahukan, jadi insyaAllah aku takkan mengeluh. Juga akn aku pastikan semuanya bjalan lancar.. Risaunya bila difikirkan yang bln 6 semakin hampir tiba.. Sebab aku harap dpt aku kumpulkn duit sebnyak mgkin sblm tu...
Ah. Terasa sgt tertekn pulak bila difikirkan..
Allahuakbar. Tabahkan aku Ya Allah :)

TPetang tadi aku berjalan menyusuri jalan Masjid India. Teringat, terkenang waktu2 dulu. Waktu aku bekerja di sana. Juga waktu aku bersiar2 disana. Nostalgia sungguh. Byk yg dah berubah rupanya. Lama sgt kah aku mnyepi dari sana? Oh. Setahun lebih mungkin.
Berjalan disana aku terjumpa satu buku yg aku cari2.. Buku biasa2 aje. Panduan solat sunat. Sbb aku masih kekurangan ilmu.. Tapi itulah. InsyaAllah akan aku usahakan mncari apa yang aku perlu. Tapi tekilan sangat dgn pemilik kedai.. Sangat2 tidak beradab :( terpaksa kucari lain la nmpaknya..

Ah. Lega sudah rasa hati. Beransur dulu..

Wassalam

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~biLA tiBa haRi Raya~

Posted on Friday, November 13, 2009
Filed under | View Comments

Haha. Tajuk cam bangang je. Takde idea nih. Huhu. Skrg kul 6. Baru je
abes interview. Lama siot... Nampak gaya kena cari umah kat sini la.
Haha.

Dah, dah. Ngarut je aku nih. Skarang tanak ckp pasal interview. Nak
cakap pasal terharu. Hari ni aku gembira skit. Sikit jela pun. Sebab
kehadiran aku diterima. Tapi ni bukan pasal keje ek.
isk3... Takpe lah. Benda2 cmni biar aku simpan dlm dada je. Apapun,
aku tetap happy. Kali kedua blaku ni, first dulu kat pahang. Adik aku
tau la kot. Huahaha. Nak ketawa. Hahahaha. Haa, ketawa lagi. Ho3

Dus.. Lapar la plak. Dari smalam, pagi ngan tgahari tadi aku bntai
roti je. Tdo la jap. Lapar ni..

Adios

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~First time in Johor~


Filed under | View Comments

Haha. As much as i don't want to admit, this really is my firt time in
Johor. It's 4 am, and i just got off the bus from KL, here in Pasir
Gudang. And.. Wow, there goes another person. Guess i'm alone right
now. Huhu

The plan is to wait here until morning. Damn. I guess what cikgu aziz
told me yesterday was right. There's nothing here. Haha.

Malam tadi, sebelum naik bas aku call umah. Biasalah, banyak crita
yang keluar. Mak aku bagi pesanan sikit malam tadi. Aku terus tepuk
dahi. Haha. Mati aku kali ni.

Woah.. Lmbatnya masa berlalu. Tak best dok sorang2 ni. Teringat pulak
aku kat member2.. Haha. Dan, malam tadi aku fikir panjang. ~sigh~ Nak
buang jauh2 perasaan2 yang tak menyenangkan..
Teringat pulak kat lagu ni..
Biar menjauh, dari menghampiri, agar tak terulang kelukaan ini.. Hoho.
Jiwang la plak bila dk sensorang ni. Anyway, nnti aku sambung.

Adios

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~LRT uNivErsity~

Posted on Tuesday, September 15, 2009
Filed under | View Comments

Currently at LRT station University. Been here for an hour, waiting
for Safa. Duh. What a pain. It's so long i even read the newspaper
twice! Haha. Hurry up, la cik kak oii..

Just now, I break the fast at the food court at KL Sentral. Met with a
guy, from Melaka. He works with TM, and we talked a lot. He even told
me about some jobs he knows. Great! I've been looking for a job, this
is a good opportunity.

Say,.. It's good to know new people, right?

Ah, there she is. Finally i can go home. ;-)

Adios

~alharir~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~hArD dAY ahead~

Posted on Wednesday, September 9, 2009
Filed under | View Comments

It's lunch break. I've been working here for at least a month, n
though it was hard, i kept on going, with positive attitude. Because i
believe somethng good'll happen.

But today's definitely the hardest. We've got a challenge n i really
am feeling d weight. Still got half day to complete d task, n i'll
work hard 2 achieve it!

Wonder what d outcome will be, at d end of d day. Looking forward to it :)

~alharir~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~LonG & tiReSomE dAy - tERenGanU~

Posted on Thursday, March 19, 2009
Filed under | View Comments

Jam 9.30 malam. Walaupun aku tahu hari ni belum berakhir, at least aku
tak perlu lagi terus berada dalam perjalanan. Di sini, Batu Rakit
adalah tempat persinggahan kami utk malam ni.. Malam terakhir sebelum
tamatnya perjalanan aku yang serba baru ni. Memang, tiga hari yang aku
lalui sejak selasa lalu merupakan satu pengalaman baru yang amat
berharga..
----------
Pagi tadi, kami bergerak dari Kerteh dalam pukul 11 (2,3 minit lepas
last publish time- sebab aku guna mobile posting). Dari sana, kitorang
terus ke Giant KT. Sampai di sana terasalah seksanya aku macamana
berjalan dengan budak2. 7 orang pulak 2. Huhu. Akulah yg jadi polis
trafik, pegang sana kejar sini. Hahaha.

Lama la jugak kat sana. Dari jam 2 hingga 4 pm. Naik penin aku. Then
dalam kul 4 kami ke Terengganu Endurance Resort. Ahli jemaah rombongan
nak rasa naik kuda. Haha. Aku ikut je. Maklum, driver. Kat sana aku
jadi kamera man. Macam biasa. Naik sorang, 5$ untuk satu pusingan.
Budak2 jer yang naik. Heh.

Sesi berkuda habis dalam jam 6 petang. Then kami terus ke batu rakit.
Sampai separuh jalan aku pulak kehilangan arah. Mana taknya, kereta
yang aku ikut rupa2 nya bukan kereta yang sepatutnya! Kereta jenis dan
kaler sama, jantina driver sama, nombor pun lebih kurang! Hahaha.
Patutla aku rasa lain je kereta depan aku tu. Hahaha. Then lebih
kurang setengah jam later, kami sampai ke sini. Sekarang aku dah sedia
nak tido. Esok pagi nak pegi naik kuda lagi. Perjalanan balik akan
start lepas solat jumaat.

Anyway, thanx for reading. Letih dah ni. Nak beradu dulu.

~adios~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~pEnANtiaN - kErteH~


Filed under | View Comments

Skarang lebih kurg jam 11. Aku masih setia jadi penunggu. Haha.
Maklumlah pagi ni aku akan ke Batu Rakit. Pagi2, dlm kul 7 aku dah
standby. Pergh. Macam ni la bila bergerak dgn budak2. Skrg ni pn
diorang tengah tunggu giliran nak makan. Kena paksa pulak 2. Haii..
Tak sanggup rasa den.

Kalau ikut perancangan, insyaAllah aku akan balik Kelantan hari
Jumaat. Jadi driver ni susah jugak rupanya. Tambah lagi kena bawak
family.. Bawak laju dia suh pelahan, bwk slow dk asyik tanya 'tak
sampai lagi ke?' hahahaha. Hah. Nasib la badan. Baru tahu. :3 Bila dah
sampai kat Batu rakit nanti aku pun tak pasti apa plan seterusnya.
Dengarnya nak ke Endurance Park? Emm, tak pasti betul ke tak.

Anyway, i'm still waiting. Malam tadi, kami semua pergi jalan-jalan
kat Mesra Mall.
Well, i'm gonna have 2 finish this later. My journey's starting.

~adios~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

~caTatAn peRjaLaNan- keRTeh ~

Posted on Wednesday, March 18, 2009
Filed under | View Comments

Aku masih kat Kerteh. Petang ni agak relaks, tak macam semalam. Kak
anis n abg haza baru balik dari kerja.

Pagi tadi dalam pukul 11, aku dan kak ma, dan budak-budak pergi ke
Awana Resort. Macam semalam, berenang. Aku jadi lifeguard je. Haha.
Nanti upload gambar, sebab skarang aku tak boleh upload. Hmmm...

Semalam aku sampai ke sini dalam pukul 2.15 pm, setelah bertolak jam
8.30 pagi. Lama gila :) Then dalam kul 5, kitorang ke Awana, sebb nak
main air. Emm.. Dah lama tak pegi pool, aku pn jadi geram. Nak buat
cmne, tak bawak pakaian yg sesuai. Duh.
Esok aku akan ke rumah kak nani.

~adios~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community