Hidup bersyariat

Posted on Sunday, May 20, 2012
Filed under

Berada dgn org2 yg baik agamanya...insyaALLAH mnyenangkn hati walaupun ada ujian yg x dsangka2 berlaku ..krn inshaALLAH,jika btl mereka memahami agama itu,dia bkn shj mnjaga hubungannya dgn pencipta tp jg dgn manusia...InsyaALLAH...=)



Benar kata2 yang kita selalu dengar.. Setiap orang bernafas diatas akhlak sahabatnya. Malah kita juga selalu dengar bahawa untuk melihat baik buruk seseorang, lihatlah dengan siapa dia berkawan..



Pernah suatu hari ketika bersama teman2, salah seorang dari mereka berkata "aku bernasib baik kerana ada teman2 seperti kalian.." dan teringat juga sewaktu hidupku dikelilingi mereka yang selalu ke majlis2 ilmu sedikit masa dulu.. Aku juga sama begitu. Pada masa itu biar sesibuk manapun kami, tidak pernah terasa susah untuk melangkah ke masjid setiap kali masuk waktu. Tidak pernah tergesa2 keluar dari majlis ilmu.



Kenapa?



Kerana teman2. Kerana persekitaran yang mendorong kita. Dan bukankah lebih indah jika suasana dirumah pun sama sebegitu?



Teringat kepada pengalaman seorang teman yang berkunjung ke rumah kenalan, yang pada masa itu sedang bermastautin di sebuah negara barat. Kenalan ini ada 2 orang anak, yang keduanya berumur bawah 10 tahun. Subuh hari pertama di sana, beliau terkejut bila terpaksa beratur dibelakang anak2 temannya yang sedang berwudhu' untuk solat subuh. Malah terkejut bila ke ruang solat, seluruh keluarga temannya sudah berada di tikar sejadah menanti dia untuk solat berjemaah. Terkejut lagi dia apabila selesai solat, kedua2 anak kecil tadi merapat ke arah si ayah dan bersemangat mahu mendengar tazkirah subuh.



Indahnya bila hidup bersyariat kan? Semoga bila mereka keluar dari lingkungan keluarga, mereka akan dikelilingi oleh orang2 yang beragama juga. Supaya nanti bila dilanda ujian, akan ada orang yang akan mengingatkan. Bahawa Allah menguji kerana Dia sayangkan hambaNya.



Dan semoga keluarga aku nanti pun begitu juga.


InsyaAllah

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community