~LonG & tiReSomE dAy - tERenGanU~

Posted on Thursday, March 19, 2009
Filed under

Jam 9.30 malam. Walaupun aku tahu hari ni belum berakhir, at least aku
tak perlu lagi terus berada dalam perjalanan. Di sini, Batu Rakit
adalah tempat persinggahan kami utk malam ni.. Malam terakhir sebelum
tamatnya perjalanan aku yang serba baru ni. Memang, tiga hari yang aku
lalui sejak selasa lalu merupakan satu pengalaman baru yang amat
berharga..
----------
Pagi tadi, kami bergerak dari Kerteh dalam pukul 11 (2,3 minit lepas
last publish time- sebab aku guna mobile posting). Dari sana, kitorang
terus ke Giant KT. Sampai di sana terasalah seksanya aku macamana
berjalan dengan budak2. 7 orang pulak 2. Huhu. Akulah yg jadi polis
trafik, pegang sana kejar sini. Hahaha.

Lama la jugak kat sana. Dari jam 2 hingga 4 pm. Naik penin aku. Then
dalam kul 4 kami ke Terengganu Endurance Resort. Ahli jemaah rombongan
nak rasa naik kuda. Haha. Aku ikut je. Maklum, driver. Kat sana aku
jadi kamera man. Macam biasa. Naik sorang, 5$ untuk satu pusingan.
Budak2 jer yang naik. Heh.

Sesi berkuda habis dalam jam 6 petang. Then kami terus ke batu rakit.
Sampai separuh jalan aku pulak kehilangan arah. Mana taknya, kereta
yang aku ikut rupa2 nya bukan kereta yang sepatutnya! Kereta jenis dan
kaler sama, jantina driver sama, nombor pun lebih kurang! Hahaha.
Patutla aku rasa lain je kereta depan aku tu. Hahaha. Then lebih
kurang setengah jam later, kami sampai ke sini. Sekarang aku dah sedia
nak tido. Esok pagi nak pegi naik kuda lagi. Perjalanan balik akan
start lepas solat jumaat.

Anyway, thanx for reading. Letih dah ni. Nak beradu dulu.

~adios~

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community