Hati, usah cepat mengalah!

Posted on Saturday, May 19, 2012
Filed under

"Macamana nak buat solat taubat?" Tanya seorang teman.

Aku terkedu. Bukan kerana tak tahu, cuma tak sangka pertanyaan itu akan keluar dari mukut dia. Dia yang aku selalu katakan sebagai tak dapat diselamatkan lagi. Dari dia yang aku selalu katakan.. "Aku dah putus asa dengan engkau"..  Dari dia yang aku selalu kecewa sebab harini mulutnya kata nk berubah, tapi seminit kemudian dia dah lupa apa yang dia katakan tadi..

Beristighfar panjang aku. Tertunduk aku, malu. Terasa seperti darah menerbu ke kepala. Silapnya aku! Kesal dengan diri sendiri. Sebab aku terlalu cepat mengalah dengan diri teman yang seorang ini. Walhal aku tahu hatinya. Dia selalu katakan dia inginkan kebaikan. Memang, banyak kesukaran yang ada. Sepatutnya aku membantu, mendorong dia supaya gagah melangkah. Supaya tidak patah rebah. Sepatutnya aku pegang dia waktu dia teroleng2 dilanda musibah, supaya dia tahu kemana arah. Bukan menghukum, menjauh dan berkata, "ah.. Engkau cepat kalah!" Kenapa terlalu cepat aku menghukum?

Phone dimatikan. Seperti biasa, perbualan kami hanya satu pihak. Aku cuma pendengar. xlebih, xkurang. Menjawab bila ditanya, diam bila dia bercerita. Dan sekejap itu dia bercakap dalam sendu yang tak tertahan. Katanya dia mahu bertaubat. Allah, berikan teman itu kekuatan. Doa untuknya, yang telah hilang dari solatku aku mulakan kembali. Berdoa semoga Allah memberi petunjuk dan kekuatan kepadanya.. Semoga dia nmpak apa yang terbaik, dan semoga dia mmpu menuju ke arah kebaikan itu..
Sebentar kemudian phone aku berdering lagi. Katanya lagi dia mahu berubah. Katanya dia buat solat taubat tadi di masjid. Dan aku katakan pada dia; kuatkan hati, tetapkan pendirian. Pada dia aku ingatkan bahawa dia tidak bersendirian. Aku katakan "kalau tak mampu maju seorang, pandanglah kiri dan kanan. Kau akan lihat ramai yang sedia menghulur tangan. Ibu bapa, teman2.. Kau bukan berseorangan, teman"..

Dan semoga Allah merahmati kita semua. Ingatan untuk diri sendiri.. Jangan mudah mengalah dengan seseorang. Kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang akan berlaku..
Kerana Dia sahaja yang boleh memberi hidayah kepada siapa yang Dia mahu..

Jangan berputus asa dari rahmat Allah!

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community