Redha Kedua Ibubapa

Posted on Thursday, May 24, 2012
Filed under

Berbuat apa pun, redha ibu bapa amat penting...

Itu status facebook ku semalam. Benar. Selagi apa yang ibu bapa katakan tidak bercanggah dengan agama, hormatilah kata2 mereka. Aku selalu ingatkan diri sendiri dan teman2.. apa yang ibubapa katakan itu, ada hikmahnya kalau diikuti. Mereka tidak setuju dengan apa yang kita katakan? Cubalah tanya kenapa. Kemudian timbangkan. Seringkali kita akan dapati mereka memang benar. Mereka tidak setuju dengan pilihan hati kita? Kalau masih rasa kita betul, bawa2 lah berbincang. Ambillah hati mereka. Katakan kenapa si dia ni, bagi kita adalah pilihan yang betul. InsyaAllah. Ada jodoh, Allah akan buka hati mereka untuk menerima. Tiada ibubapa yang mahu melihat anak2 mereka tak gembira. Bukannya bila dibangkang, kita terus mengelabah. Terus membelakangkan mereka. Memang, hasilnya kahwin juga. Tapi ketahuilah. Kesannya akan datang, kesannya akan berlarutan. Redha Allah, bukankah letaknya pada redha kedua ibubapa?

Teman yang seorang ni. Suatu masa dulu dia pernah membelakangkan ibubapa. Walhal telah dikatakan jangan terlalu lebih2 berbuat itu. Beringatlah, jangan dibuat ini. Tapi yalah. Dibuat juga. Selepas setahun semuanya berubah. Hidupnya tertekan. Semua yang dibuat terasa salah. Saban masa terasa seperti sentiasa diperhatikan orang. Terasa seolah setiap mata yang melihat semuanya mentertawakan dia. Pada dia aku selalu ingatkan, cukuplah sekali membelakangkan mereka berdua. Lepas ni, apa saja yang nak dibuat cubalah dibawa berbincang. Terutama dengan ibubapa. Kerana dalam hidup di dunia ni, cuma keluarga sahaja yang ikatannya kekal. Kawan? Akan ada yang melupakan. Tak kurang yang menikam dari belakang. Suami? Ada juga yang bercerai berai. Betul kan?

"Nak beri sesuatu kepada orang, berilah benda yang kita sayang" katanya

Aku cuma senyum memandang. Ada sedikit perubahan di situ. Tak banyak, tapi ada. Kerana aku pun tahu. Teman yang seorang ni, ujiannya cukup banyak. Teman ini masih berusaha untuk tersenyum. Tapi cukup sekadar itu. Aku sudah nmpak apa yang dicapainya. Aku juga teringat, nak melihat seseorang, lihatlah dari kata2 nya. Kerana kata2 mencerminkan keperibadian, bukan begitu? Alhamdulillah. Tak sia2 aku datang. Malam tadi, aku dirumahnya kerana jemputan keluarga. Tak mampu menolak bila bapanya sendiri yang mengajak hendak berjumpa. Rupanya, ada cerita hendak disampaikannya. Oh. Aku tumpang gembira. Apa pun, untuk teman yang seorang ni, semoga hari2 mendatang akan lebih baik. Benarlah kata2 yang aku dengar. Kita akan gembira bila tengok orang bahagia. Apa lagi bila orang tersebut rapat dengan kita..

Jagalah hati kedua ibu bapa kita. Jasa mereka tak akan dapat kita balas sampai bila. Yang terbaik, berbaktilah kepada mereka. Semoga Allah merahmati kita semua. Saya juga...

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community