Kerja Dalam Kerajaan

Posted on Sunday, February 27, 2011
Filed under

agent

The man with the best job in the country is the vice-president. All he has to do is get up every morning and say, "How is the president?" ~Will Rogers

Sekali lagi bercakap tentang kerja. Tapi kali ini bukan berkenaan pengalaman atau kerja sekarang, sebaliknya kerja yang tak pernah diterima dari dulu sampai sekarang. Untuk memudahkan bicara, sila rujuk penulisan di bawah terlebih dahulu. Jangan risau, pendek je :)

Keputusan Peperiksaan Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41

Bulan lepas aku periksa status pendaftaran di laman web SPA, pendaftaran aku telah tamat tempoh. Jadi dengan niat murni ingin menjadi kaki dan tangan kepada kerajaan, aku pun daftarlah sekali lagi. Pilihan pertama, tentulah Penguasa Kastam, iaitu jawatan yang aku telah lulus peperiksaannya bulan 4 tahun lepas. Lalu aku biarkan sahaja pendaftaran tersebut, sambil menunggu untuk dipanggil ke peringkat seterusnya.

Dua hari lepas, aku pergi lagi ke laman web SPA. Ada pautan baru untuk periksa kelayakan ke PAC bagi jawatan Penguasa Kastam W41. Lalu dengan hati yang tak aku ingat macamana keadaannya, aku pun masukkanlah no kad pengenalan. Selepas tekan hantar, keputusannya amatlah mengecewakan.

Nama anda tiada dalam senarai urusan ini.

Dan dengan tiba-tiba muncul pertanyaan di kepala aku. Adakah aku perlu ambil peperiksaan sekali lagi sebelum boleh dipanggil ke Assesment Center?

Tidaklah terlalu mengharap, tapi kalau dapat kerja ni, aku memang tidak akan teragak-agak untuk pergi. Seperti kata kawan aku di TeMaN-KomE-MikE yang sudah pun menjadi warga kerajaan lebih dahulu dari aku:

kaki dan tangan je gomen punya, hati milik aku lagi... :P

Terbaik lah bro! Hahahaha

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community