Beg Plastik, KL dan Pengguna
Posted on Saturday, January 9, 2010
Filed under
Informasi
In order to change we must be sick and tired of being sick and tired. ~Author Unknown
Sabtu minggu lepas aku pergi ke Carefour dekat rumah. Saja jalan2 ambil angin, sebab kawasan dia cantik. Pastu masuk dalam, pick 2, 3 barang. Time nak bayar baru aku sedar. Adus! Beg plastik tak di beri. Uiks. Nasib baek barang boleh muat dalam poket. Kalau tak naya aku nak letak balik suma. Har3.. Langsung takkan consider beli beg kertas dia 2..
Hari ni, aku beli suratkhabar The Star. Biasala kan, paper wajib untuk penganggur2 macam aku ni. Belek punya belek, ada la tajuk besar kat dalam tu..
Ban Use of Plastic Bags in KL
Fuyyoo… terkejut aku tengok. hahaha. Entah la kenapa aku terkejut, aku pun tak tahu. Yang pasti, dalam paper hari ni memang banyak tulis pasal beg plastik ni. Memang patut la, penggunaan beg plastik ni bagi aku memang perlu dikurangkan secara berperingkat, sehingga tak perlu guna langsung. Sudah sampai masanya kita beralih kepada biodegradable material. Atau setidak-tidaknya beralih kepada bahan yang boleh di guna kembali (recycle).
Isu kos tak boleh dijadikan alasan untuk menidakkan perkara ini. Lihat sahaja kesan penggunaan beg plastik yang tak boleh di recycle ni. Kesan kesihatan akibat penggunaanya, tempoh yang diambil untuk bahan ini terurai dan kesan toksik jangka panjang akibat penguraian bahan tersebut akan menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan kos yang tinggi di kemudian hari. Kata orang, mencegah lebih baik dari merawat, kan?
Untuk rekod, beg plastik diperbuat dari bahan polyethylene, sejenis bahan dihasilkan dari petroleum. Bahan ini mengambil masa lebih kurang 1,000 tahun untuk terurai. Tak cukup dengan itu, bila dia terurai, dia hasilkan pulak bahan sampingan bertoksik. Bahan toksik ini bila dah masuk dalam tanah, akan mengganggu rantai makanan dengan membunuh haiwan2 yang makan benda ni. Malah plastik ni juga adalah penyumbang utama kepada saluran buangan yang tersumbat.
Paling membahayakan bila plastik ni banyak digunakan dalam pembuatan alat mainan kanak2 dan untuk pembungkusan, terutama makanan. Tahukah semua, produk plastik seperti PVC dan polystyrene antara lain boleh menyebabkan kemandulan lelaki, kanser, penyakit buah pinggang dan banyak lagi penyakit merbahaya?
Mampukah kita berubah?
Wassalam