Baca Novel Jadi Jiwang?

Posted on Saturday, January 9, 2010
Filed under

Girl

Ko suka baca novel, eh? Mesti ko jiwang kan? Ayat mesti power punya lah

Selalu saja perkara ni dikatakan pada aku. Nak tergelak pun ada. Aku yang malas nak bukak mulut ni boleh dikata punya ayat power? isk3.. Tapi itulah kenyataan yang selalu saja aku dengar, dan selalu aku hadapi. Persepsi teman-teman. Apa lagi bila aku baca novel bertema cinta. Lagi la dalam maksudnya. Lalu aku pun bertanya sendiri… Betulkah?

Ikut pendapat aku, membaca novel tak la menjadikan aku berayat power. Tak juga menyebabkan aku jiwang. (Terpulang pada definisi jiwang). Tapi kalau ada yang mengatakan membaca menyebabkan aku lebih berfikiran luas, bertambah ilmu, itu aku setuju. Sebab dalam novel, majalah dan bahan bacaan lain ada banyak perkara yang aku tak tahu. Aku belajar tentang jenis darah, klasifikasi dan kaitan antara darah2 pun dari komik. Aku tahu tentang Bismillah lima, Bismillah tujuh juga dari buku. Mana2 info yang aku jumpa, tapi tak pernah tahu, aku cuba dapatkan fakta sebenar. Dari situ, aku belajar. Lagipun, semua orang tahu membaca tu jambatan ilmu, kan?

Memang, sesetengah novel yang ada di pasaran terlalu berpaksikan kisah cinta. Terlalu klise. Tiada kematangan. Terlalu la jiwang. Lalu adakah dengan membaca novel2 tersebut boleh menjadikan kita hanyut dalam perasaan? Mungkin. Mungkin juga tidak. Tapi bagi aku, perkara ni terbalik. Ko suka layan perasaan, sebab tu ko baca novel cinta macam tu. Ye tak?

Aku tak nafikan, aku jadikan bahan-bahan yang aku baca sebagai panduan. Atau boleh katakan sebagai sumber untuk dapatkan ilham, bila aku berkomunikasi dengan teman-teman. Dan juga panduan dalam menjalani hidup. Kadang-kadang novel boleh mengajar kita tentang kehidupan, mengajar kita erti persahabatan. Tentu saja semua orang bersetuju, dari novel kita boleh belajar banyak perkara? Terpulang kepada kita sahaja bahagian apa.

Penulis kesukaan aku? Ramlee Awang Murshid dan H. M. Tuah Iskandar banyak menulis tentang kisah kehidupan dan cinta yang matang. Malah Ramlee lebih banyak menulis karya thriller. Di mana jiwang nya?

Dan aku tak tahu kenapa teman aku suka je katakan ayat ni

Patut la ramai perempuan, selalu baca novel

Ni perli ke apa ni? Tahu la aku takde gf. hahahaha.

Apa pendapat korang?

 

Wassalam

signature

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Comments

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community