Aneh sebuah perasaan

Posted on Monday, August 19, 2013
Filed under | View Comments

Sahabat, Anehkah jika matamu bergenang
Ketika diri dalam kesedihan,
Ketika diri dilanda keresahan
Malah jika dirimu bersendirian?

Memang, diri kadang tertewas dengan bisikan
Selalu kamu katakan, aku inginkan kekuatan!
Namun lemah tiada daya, biarpun untukmu menghalang

Benar, kan?
Benar, kan, dirimu selalu leka
Selalu saja lupa
Juga selalu berbuat salah yang sama.

Menangiskah kamu?
Mungkin ya, mungkin juga tidak.
Kesalkah?
Lalu bagaimana?

Ingatlah selalu,
Biarlah sedihmu, sedih seorang yang mengenang kesalahannya pada Tuhan
Resahmu itu, biarlah dek gentar dengan ayat2 AlQuran
dan bilamana bersendirian, menangislah semahumu!
Asalkan tangismu, ketika sujud menghadap Tuhan sekalian alam!

Biar dikata tiada perasaan.
Asalkan engkau tahu segala yang berlaku,
Semuanya dengan kehendak Tuhan

Usaha, doa, tawakal. InsyaAllah, kebaikan akan datang!

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Balik Kampung Lagi

Posted on Wednesday, March 13, 2013
Filed under | View Comments

Dalam hidup harus memilih. Allah bagi hidayah, syaitan bisik tak payah. Kita pilih yang mana?
Pilih untuk senyum, walau hati ada sebab untuk bermenung... Pilih untuk bangkit, saat diri jatuh dan kita rasa sakit... Pilih untuk sabar, pilih untuk redha walaupun diri dilanda kecewa... Kerana ingatlah, Allah tidak pernah jauh dari kita

Dalam bas. Menuju ke ibu negeri tercinta. Tak tahu kenapa, sejak akhir-akhir ni negeri sekebun bunga ni selalu saja menggamit memori. Menerjah di ruang hati. Mungkin kerana apa yang berlaku, buatkan aku ingin selalu di sini. Mungkin. Tapi aku pasti, aku tak mahu lagi seperti dulu. Detailnya, ah biarlah. Biarlah aku saja yang tahu. Ada sesuatu yang ingin aku tuliskan sementara smpai ke KB. Soal pertemuan, dan soal pemikiran.

Aku sudah setahun bekerja di Shah Alam. Teringat semasa di ZTE dulu, selalu aku katakan kepada teman2.. kerja kita ni lebih kurang sama dengan kerja guard. Bezanya, diorang ada uniform, kita tak. Diorang jaga bangunan, kita jaga barang2. Sama kan? Seolahnya tiada perbezaan. Cuma, kita ada tanggungjawab masing2 yang agak berbeza.

Jadi, ceritanya. Setiap kali bertemu kawan baru selalu aku katakan. Kerjaku, jaga. Biasa2 je. Jaga kat mana? Lalu aku katalah, aku jaga di shah alam. Tak mahu bercerita panjang. Dan aku pasti kebanyakan orang pun, tidak suka bertanya lagi dalam. Memang, aku dapat rasa. Dengan berbuat begitu, penerimaan orang jadi lebih terhadap kita. Dan dari kacamata aku, merendah diri itu memang sangat perlu. Sangat berbeza cara penerimaan orang terhadap kita.

Wallahua'lam.

Makan di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, aku di sapa beberapa orang yang bekerja di sana. Alhamdulillah, ada juga yang ingat. Terasa rugi juga, sebab sebelum ini aku langsung tak ambil peduli dengan sesiapa. Sedangkan dengan kenalan, teman itulah, hidup kita lebih ceria. Lebih bermakna. Tak begitu? Semoga Allah rahmati kita semua. Saya juga :)

Jazakallah


alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati

Hati, Perasaan dan Jiwa

Posted on Tuesday, March 12, 2013
Filed under | View Comments

Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa. [al-Nisa’ 4:36]

Baiklah, keinginan untuk bercerita datang lagi. Disebabkan teman bercerita sudah tak ada, jadilah tempat ni sebagai medan untuk aku luahkan rasa. Maaflah kan. Tak pasti lagi cerita apa yang akan keluar ni…

Selalu aku katakan. Hendak berbuat apa-apa, dapatkan restu ibu dan bapa. Ada yang tanya, tak ada topik lain ke saudara? Jawabku, ada. Tapi aku bukanlah orangnya untuk mengupas isu agama, bukan juga wartawan yang mampu memberi berita setiap masa. Malah aku bukan juga ahli politik untuk bercakap soal negara. Aku cuma aku, yang berkata-kata tentang diri, yang bercerita tentang dunia. Dunia yang kulihat dari kacamata dan cerminan dalam diri. Dan yang dekat denganku, pastilah ibu bapa. Dan teman2. Juga ahli keluarga. Tak kurang juga cerita yang kurasa mampu memberi pengajaran, yang mana telah diceritakan oleh mereka-mereka yang suka bercerita. Tiada salahnya kan?

 

Sejak tahun 2013 menjengah ni, banyak cerita datang menerjah ruang fikiran. Cerita tentang cinta kebanyakannya. Bercakap soal cinta, aku pernah menulis di sini tentang karenah kita, dan percanggahan pendapat dengan ibu bapa. Aku katakan;

Mereka tidak setuju dengan pilihan hati kita? Kalau masih rasa kita betul, bawa2 lah berbincang. Ambillah hati mereka. Katakan kenapa si dia ni, bagi kita adalah pilihan yang betul. InsyaAllah. Ada jodoh, Allah akan buka hati mereka untuk menerima...

Tapi andai kata mereka keberatan juga, cubalah buka fikiran kita pula. Cuba fikirkan, 20 tahun lebih kita dapat apa yang kita mahukan. Tiba suatu masa mereka halang kita dari apa yang kita minta, kita terus katakan ibubapa tidak adil kepada kita? Tidak faham apa yang kita mahu? Betul ke? Percayalah, jika keluarga kita selalu amalkan agamaNya, insyaAllah kata-kata ibubapa itu untuk kebaikan kita, bukan sebaliknya...

Aku belum berkeluarga, ya. Bukan tidak pernah aku usulkan calon kepada kedua ibubapa. Ada yang ditolak. Kenapa? Well, selepas mendengar apa yang mereka kata, setelah aku fikirkan sedalam-dalamnya, memang ada betulnya kata mereka. Aku redha. Bukan jodoh, kan? Allah Maha Mengetahui segalanya.

Kita hidup beragama. Kita ada Allah. Kita ada RasulNya. Kita ada ibubapa. Ingatlah, AlQuran itu penyuluh jiwa. Panduan untuk yang terleka. Ada Syurga, ada Neraka. Aku pasti, semua yang membaca ni jika ada.. bersetuju dengan yang aku kata. Kan? Jadi setiap yang kita lakukan, cubalah. Cubalah untuk ikut apa yang disuruhNya. Namun sering kali bila tiba soal hati, soal perasaan, soal jiwa. Seolahnya kita tiada semuanya. Seolah tiada Allah, sehingga ada yang sanggup berzina (Nauzubillah). Mengapa? Malahan setiap kali tiba tahun baru, Merdeka, V Day, ada antara teman-teman yang berkata : “9 Bulan lagi musim menuai tiba la...” Allahuakbar. Tak ingatkah Allah? Tak ingatkah Ibubapa? Itukah nilai cinta?

Bila tiba soal hati, perasaan, juga soal jiwa. Ada yang sanggup lari ke merata dunia. Sanggup kahwin tanpa pengetahuan ibubapa. Sanggup memilih orang yang baru sehari dua kenal, daripada mereka yang bersusah payah berpuluh tahun membesarkan kita. Apa jadi kepada kita, ya? Allah, Allah... Ingatan kepada diri sendiri, semoga aku mendahulukan Allah dalam urusanku. Semoga aku tidak menghampakan kedua ibubapaku. Andai aku terleka, semoga ada yang sanggup mengingatkan. InsyaAllah.

Lalu, kembali kepada persoalan kita. Bila tiba soal hati, perasaan, dan jika tidak sehaluan dengan ibubapa, lebih baiklah kita kembali kepadaNya. Berdoalah. Istkharahlah. Tak perlu tunggu untuk memilih antara dua untuk istikharah ni. Mohon kepadaNya semoga diberi petunjuk. Bukan doakan semoga dia tu dijadikan isteri/suami kita ye? Ini doanya:

Ya Allah, andai dia jodohku, permudahkanlah. Andai bukan, jauhkanlah dengan baik.

Dan jangan lupa doakan:

اللهُمَّ أَرِنَا الحَقَّ حَقّاً وَارْزُقْنَا التِبَاعَةَ وَأَرِنَا البَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ، بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ

Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami bahawa yang benar itu benar dalam kalbu kami, dan berikanlah kami kekuatan untuk mengikuti kebenaran itu, dan tunjukkanlah kepada kami bahawa yang batil itu batil dalam hati kami, dan berikanlah kanmi kekuatan untuk menjauhinya

Semoga kita mampu melihat antara kebenaran dengan keburukan. Sebab kadang-kadang, kita rasakan kita betul. Sedangkan Allah dah tetapkan dari awal lagi siapa jodoh kita. Soal jodoh ni, memang kita je rasa kita yang betul. Biasalah. Cuma ingatlah, Allah itu lebih tahu.. :)

Dan, adakah kita boleh kata “Best man win?” Haha.. Dulu, ya aku fikirkan begitu. Tapi fikiran yang waras tidak lagi membenarkan kata-kata itu keluar dari mulut. Kerana aku tahu, aku sedar. Lelaki yang baik itu, untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik juga. Kalau dah dapat suami dan isteri tu, maka insyaAllah itulah yang terbaik untuk kita2. Bukan tak ada yang lebih baik, tapi itu untuk kita. Terima je. Nak yang lebih baik, usahalah jadi baik lebih dahulu. InsyaAllah janji Allah itu pasti. Jangan risau sangat.

Itu sahaja. Wallahua’lam.

alharir

These icons link to social bookmarking sites where readers can share and discover new web pages.
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google
  • Furl
  • Reddit
  • Spurl
  • StumbleUpon
  • Technorati
Related Posts with Thumbnails
Visitor here right now

Community