Hidup, Wang dan Kerja
Posted on Tuesday, February 22, 2011
Filed under
Personal
When I hear somebody sigh, "Life is hard," I am always tempted to ask, "Compared to what?" ~Sydney J. Harris
Hari ni masuk hari ke 22 bulan 2, tahun 2011. Bererti sudah 2 bulan aku bekerja di tempat baru. Dan sudah setahun setengah aku berada di Kuala Lumpur ni. Kenang kembali waktu aku mula datang ke KL, aku diterima menyertai program INSEP, iaitu latihan dalam bidang Customer Care Management. Sejak itu sehingga sekarang, dah 3 kali aku tukar kerja (termasuk kerja sambilan yang aku buat selama 2 minggu.. hahahaha).
Sekarang aku bekerja di VADS, sebagai Level 1 Technical Support untuk projek Streamyx dan Talian Tetap. Waktu aku kerja sebagai kontraktor Unifi sebelum ni, niat aku suatu hari nanti aku nak masuk TM. Walaupun orang kata aku sekarang downgrade (dari Unifi ke Streamyx), tapi sekurang-kurangnya sebelah kaki dah jejak TM dah. hahaha. Aku tahu, walaupun VADS dan TM tak sama, tapi aku rasa aku boleh berbangga sebab di kad aku dah ada lambang TM :)
Dan aku bukan lagi pakai kad pelawat macam yang kat bawah ni. hahahaha :P
Obses sangat ke aku dengan TM ni?
Tak sangat la kot. Tapi dalam hidup kena ada matlamat. Dan bagi aku, setiap hari yang berlalu kalau bukan lebih baik dari hari sebelumnya, janganlah sampai jadi lebih teruk. Jadi, dalam isu ni separuh impian aku dah capai. Alhamdulillah :)
Dalam hati sebenarnya ada lagi harapan dan tekad yang tersimpan, yang tak pasti mampu aku capai atau tidak. Tapi aku tak putus asa, sebab dalam diam aku mengatur langkah untuk capai semuanya. Usaha, ya tapi kalau Tuhan tak bagi aku semuanya, aku redha. Yang pasti, aku tahu apa yang aku mahu. Usahalah, aku.
Ada lagi perubahan yang aku hadapi sejak mula aku sampai di KL ni, tapi buat masa sekarang, cukuplah dulu. Akan aku titipkan kemudian.
Itu sahaja. Wassalam